2009年10月30日星期五

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat kes Laporan Ketua Audit Negara 2008

Tarikh:22 Oct 009

Pemuda Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dapat menjalani siasatan yang sewajarnya dan selanjutnya mendakwa sesiapa yang terlibat jika mendapati unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam laporan Audit Negara.

Pihak kami amat menghargai jasa Ketua Audit Negara, dengan menyatakan laporan kewangan bagi semua jabatan kerajaan.Tetapi,jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak mengambil tindakan sewajarnya,ini akan menjejaskan imejnya terhadap rakyat.

Pengerusi bagi Pemuda Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia Hii Yik Ping berkata,cuma Amanah Rakyat (Mara) telah menghadapi kerugian hampir 30 juta ringgit dalam pembelanjaan.Dipercayai bahawa ini hanya merupakan salah satu kes daripada ribuan sahaja.Sebagai contohnya, Kolej Tinggi Mara di Pulau Balik (Pulau Pinang) telah menggunakan lapan puluh ribu ringgit dengan hanya membeli 2 buah computer mudah alih yang berjenama Acer.Adakah 2 buah computer mudah alih ini bernilai lapan puluh ribu ringgit?Ini ialah persoalannya.

Pihak kami berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dapat melaksanakan tugasnya dengan amanah, tegas dan adil.Selain daripada menyiasat kes rasuah pemimpin Pakatan Rakyat,perlu juga mengambil tindakan yang sewarjanya terhadap kes penyelewengan seperti ini.Dengan itu, dapat memberi lebih banyak keyakinan rakyat terhadapnya dan kes-kes seperti ini tidak diulangi setiap tahun lagi.

没有评论:

发表评论